Bacalah dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasih

Jumaat, 1 Jun 2012

Ikhwan sejati..

Ukhti….bila aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah Azza Wa Jalla namun tanpa malu mendekatimu,apa kau tidak merasa takut terjerat padaku..???

Bila aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa malu menggodamu,apa kau tidak merasa tergoda pada godaanku..???

Bila aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah Azza Wa Jalla namun tanpa segan merayumu,apakah kau terbuai oleh pujuk rayuku..???

Bila aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah Azza Wa Jalla namun tak bisa menjaga izzah ketika berdekatan denganmu, apakah kau tidak bisa menolakku dengan perisai malumu..???

Bila aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah Azza Wa Jalla namun tanpa merasa berdosa berani menyentuhmu,apakah kau tidak takut Allah Azza Wa Jalla murka padamu,masihkah kau percaya pada ucapanku..?

tak curigakah kau padaku..?

Tak inginkah kau menjauhiku..???..atau kerana kau telah terjebak ke dalam jurang cinta nafsu,sehingga kau tak mampu menolakku meski kau tahu semua ucapanku ” Mencintaimu Karena Allah” adalah palsu.

Ketahuilah ukhti…

Bila aku seorang ikhwan sejati Yang mencintaimu kerana Allah Azza Wa Jalla.. Aku tidak akan berani menyentuhmu,bahkan hatimu sekalipun… Kerana aku malu pada Allah Azza Wa Jalla jika bayanganku mengganggu kekhusyukkan ibadahmu…

Bila aku seorang ikhwan sejati yang mencintaimu kerana Allah Azza Wa Jalla,aku tidak akan pernah berani merayumu,menggodamu, bahkan dengan bebas tanpa batas berinteraksi denganmu.. Kerana kau belumlah halal bagiku. Aku malu jika harus membuatmu lebih banyak mengingatku dari pada mengingat-Nya. Aku malu jika harus menjadi seseorang yang membuat-Nya cemburu padamu kerana kau rela melanggar larangan-larangan-Nya kerana cintamu padaku.

Bila aku seorang Ikhwan sejati yang mencintaimu kerana Allah Azza Wa Jalla.aku tidak akan khuatir tidak dapat memilikimu kerana tidak mengungkapkan cintaku padamu sekarang meski saat ini aku begitu mengagumimu dan menginginkanmu menjadi bidadariku. Kerana aku yakin jika engkau memang di takdirkan untukku ,engkau pasti akan menjadi milikku meski aku tak mengikatmu.. Bukankah jika Allah Azza Wa Jalla tidak mentakdirkan kita bersama di ikatpun pasti akan terlepas juga akhirnya..???

Jadi untuk apa aku risau..???

Ukhti…Sedarlah… bila aku seorang Ikhwan yang benar-benar mencintaimu kerana Allah Azza Wa Jalla,aku hanya akan berani merayumu,menggodamu,dan menyentuhmu setelah engkau telah halal bagiku.



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan