Bacalah dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasih

Rabu, 20 Oktober 2010

La corda .. Romance On Violin ..

Perasaan yang tidak dapat digambarkan oleh saya pabila mendengar muzik ini..

Muzik ini mengembalikan segala memori yang saya lalui sepanjang hidup saya..

You're Beautiful (OST) - Without Words (Park Shin Hye) w/ Simple Romanji...

You're Beautiful OST - Lovely Day [Park Shin Hye] w/ Simple Romanized Ly...

SELINGAN

  • ALLAH mencipta seseorang manusia itu dengan akal melebihi daripada semua makhluknya yang lain. Kalau kita letakkan akal ditempat yang teratas tentu banyak perkara yang mampu kita kawal termasuklah rasa marah..

  • Aku seharusnya reda dengan ketentuan Illahi untukku kerana setiap badai yang datang adalah ujian daripada-Nya. Aku yakin ALLAH menurunkan ujian untuk mengangkat darjat hamba-hamba-Nya dan aku harus bersyukur kerana menjadi insan yang terpilih. Namun, hatiku tidak cukup kuat untuk menerima ujian sebegini..

  • Ya Tuhan..pinjamkan aku sedikit kekuatan-mu untuk melangkah setapak lagi ke hadapan. Ya ALLAH, titipkan aku dengan setitis ketenangan agar fikiran ini mampu berfungsi dengan baik.

  • Kita bukan sesiapa di sisi-Nya. Kita cuma seorang hamba yang serba kekurangan, tidak tahu apa-apa tentang takdir yang telah ditentukan-Nya. Berdoalah..kerana dengan doa sahaja yang mampu mengubah takdir-Nya..

Isnin, 18 Oktober 2010

KATA-KATA MUTIARA

  • Jangan anda tangisi apa yang sudah berlalu dan jangan anda hambur-hamburkan air mata anda dengan sia-sia, kerana dengan cara apa pun anda tidak akan dapat mengembalikan apayang sudaj berlalu..
  • Kita tidak mampu mengubah masa lalu dan kita sekarang tidak mampu untuk mengetahui apa yang bakal terjadi pada masa mendatang. Untuk itu, mengapa Kita harus menyesali masa lalu atau merasa cemas dengan masa mendatang?
  • Jadikan sabar dan solat sebagai sarana yang menolongmu
  • Hitunglah nikmat ALLAH yang dianugerahkan kepadamu sebagai ganti dari menghitung penderitaanmu.
  • Belajarlah bersabar dari wanita yang bernama Asiyah (isteri Firaun), setia dari Khadijah (isteri Rasulullah S.A.W.), jujur dari Aisyah (isteri Rasulullah S.A.W. yang paling muda umurnya) dan teguh hati dari Fatiamah (Puteri Rasulullah S.A.W.).
  • Belajarlah mencintai_Nya sebelum mencintai dirinya.