Bacalah dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasih

Rabu, 20 Oktober 2010

SELINGAN

  • ALLAH mencipta seseorang manusia itu dengan akal melebihi daripada semua makhluknya yang lain. Kalau kita letakkan akal ditempat yang teratas tentu banyak perkara yang mampu kita kawal termasuklah rasa marah..

  • Aku seharusnya reda dengan ketentuan Illahi untukku kerana setiap badai yang datang adalah ujian daripada-Nya. Aku yakin ALLAH menurunkan ujian untuk mengangkat darjat hamba-hamba-Nya dan aku harus bersyukur kerana menjadi insan yang terpilih. Namun, hatiku tidak cukup kuat untuk menerima ujian sebegini..

  • Ya Tuhan..pinjamkan aku sedikit kekuatan-mu untuk melangkah setapak lagi ke hadapan. Ya ALLAH, titipkan aku dengan setitis ketenangan agar fikiran ini mampu berfungsi dengan baik.

  • Kita bukan sesiapa di sisi-Nya. Kita cuma seorang hamba yang serba kekurangan, tidak tahu apa-apa tentang takdir yang telah ditentukan-Nya. Berdoalah..kerana dengan doa sahaja yang mampu mengubah takdir-Nya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan