Bacalah dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasih

Jumaat, 1 Februari 2013

Kembalinya seorang da'ie di sisi Khaliqnya..

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Walaupun tidak berpeluang untuk mengenali al-marhumah , namun apabila membaca catatan yang ditulis sendiri oleh ibu al-marhumah di link ini
http://mujahidah2u.blogspot.com/2013/01/rentetan-pengalaman-di-hari-hari.html
membuatkan diri ini terasa sangat kerdil dan malu kepada Allah S.W.T.
Tetapi pada masa yang sama juga berasa kagum dengan sifat-sifat yang ada pada al-marhumah ketika menjalani dugaan yang diberi olehNya semasa hari-hari terakhir beliau di dunia ini. Walaupun al-marhumah tahu masa hidupnya tidak panjang,namun masa yang ada al-marhumah guna sebaik mungkin dengan berdakwah. Banyak ibrah dan nasihat yang saya peroleh dan pelajari daripada al-marhumah.Sesungguhnya al-marhumah seorang wanita muslimah dan solehah yang sukar dicari pada masa kini.

Sudah mantapkah iman ku terhadapMu?
Sudah bersediakah aku untuk menghadapi sakaratulmaut?
Sudah cukupkah bekalan amalan ku untuk dibawa ke padang Masyar kelak?
Persoalan yang sedang dan sentiasa bermain-main di mindaku..
Ya hambaMu ini perlu mengorak langkah,perlu berusaha bersungguh-sungguh,berdoa dan bertawakal kepada kepadaMu ketika menjalani perjalanan hidup dalam mencari dan mengabdikan diri sepenuhnya kepadaMu..

Ya ALLAH..seorang lagi mujahidah telah kembali kepadaMu..
Ya ALLAH..maafkanlah dia, rahmatilah dia, dan tenangkanlah dia di sisiMu..
Mari sama-sama kita mendoakan saudara kita,Siti Hajar Binti Ahmad Sabir yang telah kembali kepada Illahi..Al-fatihah..