منچاري يڠ هاكيكي ، مندمباكن كاسيه دري الهي
Cinta kepada Allah S.W.T. dengan ketaatan, Cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia, Cinta kepada jihad dengan perjuangan, Cinta kepada makhluk dengan mentaati perintah Allah, Mencontohi Rasul dalam berperibadi dan sentiasa hidup dengan perjuangan yang pastinya menagih pengorbanan...
Selasa, 23 April 2013
Rabu, 10 April 2013
Penuhi masa dengan sebaiknya sebelum terlambat..
Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"
Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."
Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"
Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."
Pesakit: "Wah, apa dia?"
Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.
Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."
Pesakit: "Hm. Apa dia?"
Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah ...
Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."
Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... :( "
Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.
cerita oleh: Muhammad Rusydi
Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."
Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"
Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."
Pesakit: "Wah, apa dia?"
Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.
Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."
Pesakit: "Hm. Apa dia?"
Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah
Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."
Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... :( "
Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.
cerita oleh: Muhammad Rusydi
Ahad, 24 Februari 2013
Jumaat, 1 Februari 2013
Kembalinya seorang da'ie di sisi Khaliqnya..
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Walaupun tidak berpeluang untuk mengenali al-marhumah , namun apabila membaca catatan yang ditulis sendiri oleh ibu al-marhumah di link ini
http://mujahidah2u.blogspot.com/2013/01/rentetan-pengalaman-di-hari-hari.html
membuatkan diri ini terasa sangat kerdil dan malu kepada Allah S.W.T.
Tetapi pada masa yang sama juga berasa kagum dengan sifat-sifat yang ada pada al-marhumah ketika menjalani dugaan yang diberi olehNya semasa hari-hari terakhir beliau di dunia ini. Walaupun al-marhumah tahu masa hidupnya tidak panjang,namun masa yang ada al-marhumah guna sebaik mungkin dengan berdakwah. Banyak ibrah dan nasihat yang saya peroleh dan pelajari daripada al-marhumah.Sesungguhnya al-marhumah seorang wanita muslimah dan solehah yang sukar dicari pada masa kini.
Sudah mantapkah iman ku terhadapMu?
Sudah bersediakah aku untuk menghadapi sakaratulmaut?
Sudah cukupkah bekalan amalan ku untuk dibawa ke padang Masyar kelak?
Persoalan yang sedang dan sentiasa bermain-main di mindaku..
Ya hambaMu ini perlu mengorak langkah,perlu berusaha bersungguh-sungguh,berdoa dan bertawakal kepada kepadaMu ketika menjalani perjalanan hidup dalam mencari dan mengabdikan diri sepenuhnya kepadaMu..
Ya ALLAH..seorang lagi mujahidah telah kembali kepadaMu..
Ya ALLAH..maafkanlah dia, rahmatilah dia, dan tenangkanlah dia di sisiMu..
Mari sama-sama kita mendoakan saudara kita,Siti Hajar Binti Ahmad Sabir yang telah kembali kepada Illahi..Al-fatihah..

Khamis, 24 Januari 2013
Jom guna bahasa Arab..:)
* Salam Ukhwah Fillah - salam persahabatan kerana Allah
* ukhti - kakak / saudara perempuan
* akhi - abang / saudara lelaki
* zauj - suami
* zaujah - isteri
* assif jiiddan - i'm really sorry
* syukran / afwan - terima kasih / sama-sama
* ukhuwwah Fillah abadan abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
* fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
* inni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
* mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dalam hati selain Allah
* lau samantha - excuse me
* naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
* ilalliqa' - moga bertemu lagi
* syafakallah - semoga Allah menyembuhkan awak - lelaki )
* syafakillah - semoga Allah menyembuhkan awak - perempuan )
* taffadhol - silakan
* la aadri - saya tak tahu
* ma fi musykilah - tiada masalah
* bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
* jazakallahu khairan kathira - semoga Allah memberi/ menambah kebaikkan yang bnyk kpdamu :) - lelaki
* jazakillahu khoiran kathira - ( sama seperti di atas ) - perempuan
(perkongsian bersama, moga bermanfaat) ^_^

Rabu, 23 Januari 2013
::Ibrah Siti Hajar:: (PELAJAR UTeM)
Allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir.
Menghembuskan nafas pada 8 Rabiulawal 1434.
Kemalangan kereta bersama 3 orang sahabat.
Mengalami keretakan tulang tunjang.
Antara perkongsian dari status update Nadia Mujahidah:
~> "Berita indah dr 4 penggali kubur, kuburnya wangi ketika digali dan liang lahadnya terang.."
(*mudah2an sebagai ganjaran amal kebaikan semasa hidupnya)
~>1) Ayah : kakak tak takut mati ke?
Hajar : tak..kakak dah sedia dah..
2) Ibu Bapa Hajar yg sentiasa tenang dengan bacaan Al- Quran dan
tasbih di tangan. Dalam keadaan ini, ada sesetengah orang sibuk
menyalahkan Doktor dsb.
Ketika mana jenazah hendak disolatkan, Hujan rahmat turun
seketika.
3) Arwah pernah cakap kat ayah dia, dia xsempat nak dakwah
banyak2 kat semua.
(*hanya 3 amalan yg dibawa ke kubur iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah amal jariah, dan doa anak2 yang soleh)
~> Dan siti hajar minta disampaikan kepada kawan2... Yang dia minta maaf... Atas segala salah silapnya.. Tlg panjang2kan kepada teman2 yg mengenali dirinya khususnya. Bila dah sehat, ada sesuatu yg dia nak cerita. Apa dia? Maknya kata sesuatu yang mampu tingkatkan keimanan kita.
(“Kezaliman itu terbahagi kepada tiga. Pertama kezaliman tidak diampunkan Allah. Kedua kezaliman diampunkan Allah dan ketiga kezaliman yang Allah tidak ikut campur dalam hal itu. Kezaliman tidak diampunkan Allah adalah syirik. Kezaliman diampunkan Allah adalah dosa manusia ke atas dirinya dan tuhannya. Kezaliman yang Allah tidak ikut campur adalah dosa di antara manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dulu.”)
~> Ibu beliau memohon maaf kepada semua kerana sebelum ini tidak membenarkan lelaki untuk melawat, ini kerana keadaan Siti Hajar yang penuh dengan tiub untuk membantu beliau pulih dari pembedahan. Alhamdulillah sekarang tiub2 tersebut sudah dicabut, dan ibunya boleh membantu beliau menutup bahagian auratnya.
(*apabila dia memelihara auratnya pasti Allah memelihara keaibannya)
~> "Tentang kaki yg patah, saya dah tengok x ray. Patah berlaku pada kedua dua tulang kat betis . Tapi patahnya tidak bersepai. Ia seperti rekahan pada dinding. Jadi ia hanya simen dan tak masukkan besi. Menurut doktor, pada usia muda spt hajar, patah begitu boleh bersambung semula dgn lebih mudah. Lebih mudah utk hjr, sewaktu tulang itu sedang dipulihkan oleh badan, dia x perlu menanggung kesakitan akibat patah tulang tersebut. Nyata Allah meringankan deritanya."
(*bila kita mudahkan jalan Allah, pasti Allah akan mudahkan kehidupan kita)
"Medium utama penjagaan/perawatan mck terhadap siti hajar ialah penggunaan air zam zam.
(*“Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”)
'Peranan saya pula sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan penuh pada Allah. " (*ada tiga doa yang di terima Allah secara langsung iaitu doa orang teraniaya,doa orang yang bermusafir dan doa orang tua(ibu dan Bapa) terhadap anaknya)
#mudah2an sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kita sbg khalifah Allah di muka bumi ini, walaupun tidak pernah mngenalinya tetapi mengikuti perkembangannya seperti telah mengenalinya. Al-fatihah
Almarhumah sebelum ini terlibat dengan satu kemalangan dan ditempatkan di hospital melaka selama 2(dua) minggu. Almarhumah menghembuskan nafas terakhir pada 20/1/12, Semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.
Inilah doa Baginda Nabi Muhammad saw ketika meninggalnya sahabat Abu Salamah r.a: Wahai Allah, ampunilah Abu Salamah, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya., Innalillahi wainna ilaihiraji'un "

Jumaat, 11 Januari 2013
Perkongsian Ilmu..
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ..
300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya
mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya
kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Apa Yang Akan Ditanya :-
Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan
semasa nafas itu keluar dan masuk ?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan..
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ?. Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Dihari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari ?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 email ini
dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian
muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir
hayat, Insya'Allah .
Wassallam.
*petikan dari Mencari Keredhaan Illahi/facebook.
Langgan:
Catatan (Atom)