Bacalah dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasih

Jumaat, 6 Mei 2011

Perjalanan hidup sebagai seorang hamba..

Dunia ini umpama perjalanan seorang musafir kelana menuju satu destinasi yang pasti. Laluannya cuma satu arah iaitu menuju pada ALLAH SWT. Dia lah yang menciptakan kita dan kepadaNYA lah kita kembali. Di situlah asal kita dan di situ juga kita kembali. Mahu atau tidak itulah hakikat kehidupan kita sebagai hamba. Kematian yang akan menjemput kita menemui ALLAH SWT sama ada dalam keadaan yang baik atau sebaliknya..kita sendiri lah yang menentukan.