Bacalah dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasih

Jumaat, 14 Januari 2011

frienship quotes



A TRUE FRIEND IS ONE WHO FORGIVE BEFORE YOU SAY AM SORRY, UNDERSTANDS WHEN U SAY I FORGOT,STAYS WHEN U SAY LEAVE ME ALONE AND WAITS FOREVER WHEN U SAY JUST A MINUTE.

THE MIND OF A LOVING FRIEND IS LIKE A RAILWAY TRACK. THEY NEVER MEETS... THEY NEVER CROSS ... BUT ALWAYS GO ALONG WAY TOGATHER.

FRIENDS ARE ALSO LIKE THE NIDDLES OF A LOCK.THEY ARE ALWAYS TOGATHER BUT MEETS FOR A LITTLE PERIOD OF TIME. BUT FACT IS THAT THEY NEVER BECOME ONE FOREVER.

THE COMPANY OF A GOOD FRIEND IS LIKE THE SHOP OF PERFUME WTHER U HAVE BOUGHT PERFUME OR NOT, BUT U WILL RECEIVE A LOT OF FRAGRANCE!!

FRIENDSHIP LIVES INSIDE A ROOM CALLED HEART,ITS DOOR HAS A LOCK,ITS KEY IS TRUST ONLY,IF U LOST THE KEY(TRUST) U LOOSE EVERYTHING.. U HAVE.

FRIENDSHIP NEVER SPEAKS VOLUMES.IT NEVER DEMANDS PROOF.IT NEVER HAS A HAPPY ENDING TOO.SIMPLLY BECAUSE IT NEVER ENDS WHEN FRIENDS ARE TRUE.

Isnin, 10 Januari 2011

Mencari Cinta Yang Hakiki

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Dengan kemanisan iman seseorang dapat menghadapi hidup dengan penuh ceria. Keimanannya dapat membimbing dirinya untuk menghadapi kehidupan ini walau bagaimanapun keadaan yang menimpanya. Jika sedang ditimpa kesusahan dia boleh bersabar, dan dia dapat merasakan nikmat kesabaran. Dan jika dia mendapat nikmat kesenangan maka ia pandai bersyukur, dan dia dapat merasakan nikmat kesyukuran. Dia meyakini bahawa segala yang menimpanya apakah baik atau buruk adalah telah ditentukan oleh Allah sejak azali. Oleh itu ia dengan jiwa tenang dapat menghadapi semua keadaan dengan rasa redha.

Kalaulah begitu besar nikmat yang dia dapat rasakan ketika di dunia lantaran kemanisan iman yang dimilikinya, sudah pasti lebih besar lagi nikmat yang bakal dia terima di sisi Allah kelak di akhirat.

1.     Adalah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya.
Cinta ialah kecenderongan jiwa seseorang kepada sesuatu yang boleh memberinya kelazatan, manfaat ataupun kerana sesuatu itu sesuai dengan fitrah (tabiat) nya. Ada beberapa sebab yang boleh menimbulkan rasa cinta seseorang. Menurut Imam Al Ghazali bahawa ada 5 sebab yang mendorong perasaan cinta seseorang:
2.     Cinta manusia kepada dirinya, kewujudannya, keberkekalan dan kesempurnaannya.
Cinta manusia kepada orang yang berbuat ihsan kepadanya dan orang yang boleh mendatangkan manfaat kepadanya.
Cinta manusia kepada orang yang suka berbuat ihsan semata-mata kerana ihsannya. Walaupun dia sendiri tidak berhajat kepada ihsan orang tersebut.
3. Dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah
Cinta jenis ini juga adalah cabang dari kecintaan seseorang terhadap Allah. Seseorang jika benar-benar cinta kepada Allah, maka kesan cintanya itu akan mendorong dia untuk suka jika orang tersebut taat kepada Allah, dan sebaliknya dia akan bersedih dan berusaha menegurnya jika rakannya itu melakukan dosa.

4. Dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan kedalam api.




Jumaat, 7 Januari 2011

The Most Beautiful Asmaul Husna (Dr. Ary Ginanjar)



Tenangkanlah hatimu yang dalam kerunsingan,kesedihan dan kebimbangan ketika ini dengan zikir menyebut nama-nama Allah S.WT. ..
InsyaAllah segala kesulitan yang dihadapi dapat dilalui dengan mudah dan tenang..